Wabak koronavirus belum cecah tahap ‘pandemik’ – WHO

GENEVA, 4 FEB – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini bahawa wabak koronavirus novel, yang telah merebak dari China ke dua dozen negara, masih belum disahkan sebagai satu ‘pandemik.’

“Buat masa sekarang, kita belum berada dalam keadaan pandemik,” beritahu Slyvie Briand, ketua divisyen Persediaan Risiko Jangkitan Global WHO kepada wartawan di Geneva.

Sebaliknya, beliau berkata ‘kita berada pada fasa di mana ia merupakan satu endemik dengan pelbagai fokus.’

Penyakit itu telah membunuh lebih daripada 425 orang dan menjangkiti 20,000 yang lain di China, hampir kesemua mereka di Wuhan, tengah wilayah Hubei – pusat wabak – dan merebak kepada dua dozen negara sejak ia muncul pada Disember.

Briand berkata sementara tersebarnya jangkitan yang cepat di Hubei, di luar wilayah terdapat ‘kes limpahan’ dengan kelompok penyebaran sekali-skala.

“Di tempat lain di China, strategi yang dilancarkan buat masa sekarang adalah menghentikan penyebaran,” kata beliau, menambah langkah yang sama juga diambil untuk negara yang terjejas di luar China.

“Kita ingin memastikan bahawa kita tidak mempunyai jenis senario Hubei kedua,” kata beliau.

Pihak berkuasa di China telah mengambil langkah dramatik untuk menghentikan penyebaran, sementara negara lain yang terjejas telah mengambil langkah-langkah untuk membendung penyebaran tersebut.

“Negara-negara sedang melaksanakan pengesanan awal kes, pengasingan awal dan rawatan pesakit, mengesan sentuhan untuk memastikan mereka mengenal pasti sentuhan awal yang menjadi gejala penyakit,” kata Briand. – AFP