Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Wabak polio diisytihar di Malawi

    GENEVA, 18 FEB – Kes poliovirus pertama di Afrika dalam lebih lima tahun telah dikesan dalam seorang kanak-kanak di Malawi, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

    Pihak berkuasa Malawi telah mengisytiharkan wabak poliovirus jenis 1 dalam kes yang dikesan di ibu negara Lilongwe, menurut WHO.

    Analisis makmal menunjukkan virus yang dikesan itu dikaitkan dengan jenis virus yang telah merebak di wilayah Sindh di Pakistan. Polio masih endemik di Pakistan dan negara jiran Afghanistan.

    “Sebagai kes import dari Pakistan, pengesanan ini tidak menjejas status pengiktirafan bebas poliovirus di rantau Afrika,” kata WHO. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...