Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Wadar penjara nafi tuduhan rasuah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Seorang wadar di Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah menafikan pertuduhan di Mahkamah Majistret membabitkan dakwaan terlibat dalam urusan rasuah dengan banduan.

    Asmali bin Abdullah, 37, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 6(a) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131 kerana menerima suapan dua kali berjumlah $100 pada
    13 Mac dan $200 pada 26 April daripada dua orang berlainan sebagai dorongan atau ganjaran masing-masing kerana membenarkan, tanpa kebenaran sah, dua banduan untuk berkomunikasi dengan orang di luar penjara menggunakan nombor telefon bimbitnya.

    Defendan juga didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan Penjara Akta Penjara kerana menyampaikan komunikasi tanpa kebenaran yang sah kepada banduan yang melanggar Peraturan 329(q) Peraturan Penjara di bawah Akta Penjara, Penggal 51.

    Defendan telah menafikan pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Haji Abdul Latif terhadapnya.

    Majistret Harnita Zelda Skinner menetapkan 3 Oktober bagi sebutan lanjut kes tersebut.

    Defendan dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak $10,000 atau dua penjamin tempatan dengan syarat lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran