Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Wafariena akhirnya dapat kenderaan idaman

    Setelah sekian lama menggunakan kereta milik kakaknya, pelakon Wafariena meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki kenderaan idaman selepas dua kali ditipu ejen jualan kereta palsu.

    Wafariena atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia menjadi mangsa penipuan disebabkan terpengaruh dengan sebuah iklan jualan kereta yang menerima pelbagai komen positif daripada pembeli namun tidak menyangka ia palsu.

    “Kejadian kena tipu ini berlaku dua tahun lepas. Masa berbincang semuanya okey, tapi apabila sudah serahkan duit sebanyak RM2,500 untuk uruskan dokumen, ejen tiba-tiba menghilangkan diri.

    “Begitu juga kali kedua, saya rugi RM2,500 lagi walaupun pada awalnya mereka meminta RM10,000.

    Kata Wafariena, kereta jenis Honda Civic RS bernilai hampir RM170,000 itu berjaya dimiliki selepas tiga bulan menunggu sekali gus menganggap ia sebagai rezeki Ramadan pada tahun ini.

    Malah Wafariena juga teruja apabila bakal memandu kereta berkenaan ke Ipoh untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga di sana.

    “Selepas tiga bulan menunggu, kereta pertama atas nama sendiri ini dapat di tangan pada Ramadan keenam,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Wafariena turut menyimpan hasrat untuk membeli lagi sebuah lagi kereta untuk keluarganya bagi memudahkan pergerakan mereka kelak.

    Pengalaman lalu katanya membuatkan dia lebih berhati-hati dan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan komen-komen positif di media sosial.

    “Insya Allah kalau ada rezeki saya nak beli kereta untuk keluarga pula, walaupun sudah ada, cuma mahu cari yang lebih selesa.

    “Mengambil pelajaran dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini, saya harap orang di luar sana juga tak mudah terpedaya dengan taktik ejen palsu,” ujarnya. – Agensi

    Wafariena akhirnya berjaya mendapatkan kereta idamannya selepas beberapa kali ditipu ejen jualan kereta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...