Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Wafiy disaring KL City FC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Bintang Almerez FC, Muhammad Nasy’rul Wafiy bin Haji Hassan pada masa ini sedang menjalani sesi percubaan selama dua minggu di kelab futsal Malaysia, KL City FC.

    Pemain tempatan itu mendapat reputasinya sebagai salah satu bakat besar negara selepas memenangi anugerah Penjaring Terbanyak dalam Piala Futsal Brunei 2022 pada Ogos lalu.

    “Kami sangat gembira dan bangga dengannya. Ia merupakan peluang terbaik untuk dia berlatih bersama pemain profesional dalam KL City FC.

    “Jika mereka berniat untuk memilih dia sebagai pemain import, dia akan berpeluang untuk bermain dalam Liga Futsal Perdana Malaysia 2023,” kata Ketua Jurulatih Almerez FC, Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Haji Kamis.

    Beliau akan menjadi pemain kedua yang menjalani sesi percubaan kelab luar negara, mengekori jejak langkah rakan sepasukannya, Radhi Radhuan, yang telah diambil oleh Sarawak United FC sebagai pemain import dalam Liga Futsal Perdana Malaysia 2020.

    Sesi percubaan ini dijangka tamat pada 29 November.

    Muhammad Nasy’rul Wafiy pada masa ini menjalani sesi percubaan selama dua minggu bersama KL City FC. – Gambar serahan Almerez FC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...