ACCRA, 6 OKT – Kesatuan Bola Sepak Afrika Barat (WAFU) pada Isnin mengumumkan tarikh baharu untuk kejohanan kelayakan serantau bawah 20 (U-20) dan bawah 17 (U-17), lapor agensi berita Xinhua.
Surat rasmi telah dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Ghana (GFA) dan anggota persatuan lain yang menyatakan kelayakan serantau U-20, yang sebelumnya dijadualkan dari 17 hingga 31 Oktober, kini akan berlangsung dari 14 hingga 29 November di Togo.
Begitu juga, kejohanan kelayakan U-17 turut dijadualkan semula berlangsung dari 5 hingga 20 Disember di Benin. WAFU seterusnya mengumumkan akan mengadakan undian secara maya pada 20 Oktober di Abidjan, ibu negara Cote d’Ivoire, bagi kedua-dua pertandingan tersebut. – Bernama






























