Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Wai Ching cipta rekod baharu

    KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Pelari menara nombor satu dunia Malaysia, Soh Wai Ching merangkul satu lagi kejuaraan dengan mempertahankan kejuaraan Kolnturm Treppenlauf (Cologne Towerrun) sambil mencipta rekod baharu.

    Pelari  berusia 28 tahun itu memenangi gelaran kategori keseluruhan cabaran Menara Cologne, yang juga dikenali sebagai Kejohanan Towerrunning Jerman dengan menaiki 39 tingkat dan menapak  714 anak tangga (jumlah ketinggian 132 meter) dalam masa tiga minit dan 17 saat (s) pada Ahad.

    Wai Ching yang muncul juara keseluruhan pada edisi 2021 dengan mencatat masa 3:24 saat, berjaya meningkatkan prestasi peribadinya lebih pantas tujuh saat untuk memecahkan rekod dengan kelebihan enam saat.

    Rekod  kejohanan sebelum ialah 3:23s, dicatatkan oleh bekas pelari menara nombor satu dunia Christian Riedl dari Jerman pada 2017.

    Pelari tuan rumah Gorge Heimann (3:35s) dan Andreas Fruhmann (3:37s) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, menurut laman web rasmi kejohanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...