Wajah baharu Walmart berinspirasi lapangan terbang

NEW YORK, 30 SEPT – Walmart menerima inspirasi daripada terminal lapangan terbang tatkala ia memperbaharui susun atur dan papan tanda kedainya untuk mempercepatkan aktiviti membeli-belah dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Peruncit terbesar negara, berpangkalan di Bentonville, Arkansas, berkata wajah tersebut, yang termasuk papan tanda dengan rupa taip dimensi, sudah ada di sebuah kedai. Ia akan dilancarkan di 200 kedai pada awal tahun depan, dengan rancangan menambah 800 kedai lagi pada awal 2022. Walmart berkata ia sedang mengusahakan susun atur kedai baharu setahun lalu. Namun pandemik mendorong pelanggan menumpu pada membeli-belah tanpa kontak di tengah kebimbangan keselamatan.

“Kami teruja dengan sistem lapangan terbang sebagai contoh terbaik tentang cara-cara mengemudi kumpulan orang yang besar,” kata Janey Whiteside, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai pelanggan di Walmart divisyen AS, dalam blog korporat. Sebagai sebahagian daripada papan tanda keseluruhan, bahagian dalam dan luar kedai akan mencerminkan ikon aplikasi Walmart.

Apabila pelanggan memasuki kedai, mereka akan melihat panduan kedai yang menggalakkan mereka memuat turun dan menggunakan aplikasi Walmart sementara mereka membeli-belah. – AP

Gambar yang dikeluarkan oleh Walmart menunjukkan seorang wanita melihat pada telefon pintarnya berhampiran panduan kedai digital dalam Pusat Walmart di Springdale, Ark. – AP