Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah berseri tingkat keyakinan berswafoto

    TERDAPAT banyak cara untuk merakamkan gambar swafoto yang baik – unsur pencahayaan dan latar turut memainkan peranan yang penting. Sering kali, keadaan kulit yang kusam juga turut menghasilkan gambar swafoto yang buruk.

    Dengan Magic BB Cushion yang terbaru dari SILKYGIRL, anda tidak perlu untuk berasa risau ketika merakamkan sebarang swafoto. Magic BB Cushion diperkaya dengan bahan-bahan utama yang berfungsi untuk membuatkan kulit tetap kelihatan segar dan muda sekaligus menawarkan ciri pencerahan pada kulit sehingga jelas membuatkan anda kelihatan begitu menonjol dalam aksi swafoto yang dirakamkan.

    Hasilnya, anda akan menjadi seorang yang sentiasa bersedia untuk merakamkan aksi swafoto di mana sahaja pada bila-bila masa. Kini tiada sebarang aplikasi telefon diperlukan untuk mencantikkan lagi gambar swafoto yang dirakamkan.

    Kulit lebih cerah

    Magic BB Cushion mengandungi Skin Complex Light yang merangkumi gabungan asid Kojic, ekstrak Bearberry, ekstrak akar Morus dan ekstrak Licorice yang membantu untuk memudarkan bintik-bintik hitam sekaligus menzahirkan kulit yang cerah dan sekata.

    SILKYGIRL Magic BB Cushion mampu meningkatkan seri wajah sekaligus memberikan keyakinan untuk berswafoto di Aidilfitri.
    SILKYGIRL Magic BB Cushion mampu meningkatkan seri wajah sekaligus memberikan keyakinan untuk berswafoto di Aidilfitri.

    Ekstrak Eldelweiss pula merupakan antioksidan yang berperanan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit.

    Diperkaya dengan mineral, Magic BB Cushion juga turut memberikan kelembapan dan menyegarkan kulit selama yang perlu.

    . SPF50/PA+++ pula melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya.

    Sapukan Magic BB Cushion pada kulit wajah bagi solekan sederhana sehingga berintensiti tinggi. Dengan kawalan minyak sehingga 12 jam, anda setentunya akan berpuas hati dengan kesan kulit yang bersinar dan tidak berminyak.

    Magic BB Cushion sesuai dipakai untuk jangka masa yang lama, tidak berbau dan diformulasi mengikut struktur kulit warga Asia yang boleh didapati dalam dua warna iaitu 01 Natural Light dan 02 Natural Medium.

    SILKYGIRL Magic BB Cushion boleh didapati dengan harga yang berpatutan di kesemua cawangan Guardian Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda