Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Wajah’ Messi di ladang jagung di Argentina

    BALLESTEROS, ARGENTINA, 20 JAN – Selepas kemenangan Piala Dunia 2022, peminat berpusu-pusu untuk mendapatkan tatu bintang pasukan bola sepak Amerika Selatan itu, Lionel Messi.

    Dengan teknologi pertanian yang canggih, sebuah ladang jagung Argentina telah menanam ‘tatu’ Messi sendiri dan berkongsi perisian supaya ia boleh ditiru.

    Di luar bandar Ballesteros, kira-kira 500 kilometer barat laut Buenos Aires, petani Charly Faricelli memberitahu AFP bahawa dia merancang untuk me-reka bentuk wajah Messi ke dalam ladang jagungnya tanpa mengira keputusan di Qatar bulan lepas.

    “Idea itu merupakan satu penghormatan daripada dunia pertanian kepada Messi, sama ada dia memenangi Piala Dunia atau tidak,” katanya.

    Dengan saiz hampir empat padang bola, wajah Messi hanya boleh dilihat dari atas, dan menjadi lebih jelas apabila jagung tumbuh.

    “Ia adalah ‘tatu’ pertanian,” kata Faricelli. Tidak seperti reka bentuk tanaman lain, di mana tumbuhan ditebang untuk menghasilkan imej, ‘tatu’ ini merupakan hasil daripada kepekatan benih yang ditanam yang berbeza.

    Faricelli menjelaskan bahawa, “Dengan kemajuan dalam teknologi, traktor mengetahui dengan tepat, semasa ia berjalan, berapa banyak benih untuk disemai.”

    Dia telah menjemput petani-petani lain di media sosial untuk meniru penghormatannya dan telah berkongsi perisian untuk mereka muat naik ke dalam peralatan mereka. – AFP

    Pemandangan udara ladang yang memaparkan imej wajah bintang bola sepak Argentina Lionel Messi, di Ballesteros, wilayah Cordoba, Argentina. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...