Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Wajah mirip Mira Filzah, Qasrina tak suka dibandingkan

    Mengakui sering disamakan dengan wajah aktres popular Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina Karim menganggap ia sebagai satu pujian.

    Namun Qasrina, 25, berkata, dia tidak mahu kemunculannya dalam industri lakonan akan dibandingkan dengan pelakon berkenaan.

    “Sudah ramai cakap tentang perkara itu. Saya terima ia sebagai satu pujian kerana Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di laman Instagram.

    “Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang negatif,” ujarnya kepada wartawan.

    Qasrina ditemui ketika majlis pelancaran filem berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Qasrina sering disamakan dengan wajah aktres popular Mira Filzah, menganggap ia sebagai satu pujian. – Agensi

    Pertama kali melangkah ke bidang lakonan menerusi filem berkenaan, Qasrina juga bimbang jika lakonannya dikritik penonton terutamanya melibatkan beberapa babak yang dilihat seperti bersentuhan dengan lelaki.

    “Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

    “Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.

    “Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kecaman orang,” ujarnya.

    Sementara itu, bercakap tentang filem berkenaan, Qasrina berbesar hati apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Erra Fazira dan Harith Iskandar.

    “Apabila dapat tahu senarai pelakon memang rasa gementar, tetapi Harith Iskander sangat memahami dan pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar.

    “Selain menjadi model produk tudung saya juga mahu terus kembangkan lagi kerjaya lakonan selepas ini,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...