Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Wajah Pedro retak – Conte

SINGAPURA, 25 Julai – Bos Chelsea, Antonio Conte semalam berkata penyerang kelab, Pedro, mengalami ‘beberapa keretakan’ di mukanya selepas bertembung dengan penjaga gol Arsenal, David Ospina.

Pemain dari Sepanyol berusia 29 itu dikejarkan ke hospital dengan muka yang berlumuran darah selepas Ospina melompat ke arahnya untuk mengeluarkan bola dengan dua tumbukan ketika kemenangan pra musim Blues 3-0 ke atas pesaing London mereka di Beijing pada Sabtu lalu.

Pedro terpaksa dimasukkan ke hospital Beijing dan kembali ke London pada hari berikutnya.

Bercakap kepada media di Singapura menjelang pertemuan persahabatan menentang Bayern Munich hari ini, Conte berkata: “Keadaan tersebut lebih serius kerana saya harap ia hanya konkusi.

“Sebaliknya dia mengalami beberapa keretakan dan saya rasa akan mengenakan topeng dalam tempoh 10 hari, dia akan kembali bersama kami.”

Pedro (tengah) ketika meninggalkan padang selepas berlanggar dengan penjaga gol Arsenal, David Ospina di Beijing. Pedro telah disahkan mengalami keretakan di mukanya. - AFP
Pedro (tengah) ketika meninggalkan padang selepas berlanggar dengan penjaga gol Arsenal, David Ospina di Beijing. Pedro telah disahkan mengalami keretakan di mukanya. – AFP

Conte berkata tidak terdapat sebarang rasa marah terhadap Ospina.

“Tidak, kerana saya juga seorang pemain sebelum ini, saya tahu kemalangan ini (cabaran) boleh berlaku,” kata Conte. “Ospina cuba untuk mendapatkan bola.”

Menjelang pertemuan menentang Bayern, Conte mengesahkan bahawa pemain yang baru ditandatangani Alvaro Morata bersedia untuk membuat kemunculan pertamanya bagi juara Liga Perdana itu.

“Dalam perancangan saya adalah memberikannya kemungkinan untuk beraksi dalam perlawanan menentang Munich,” kata pengurus dari Itali itu.

pemain antarabangsa Sepanyol, Morata, menandatangani bersama Chelsea minggu lalu dalam satu persetujuan yang dilaporkan bernilai sehingga 80 juta euro (AS$92 juta).

Ditanya mengenai Diego Costa, pemain yang dilihat digantikan oleh Morata, Conte tidak mahu mengulas.

Dia juga enggan membincangkan mengenai pemain tengah, Nemanja Matic, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

“Saya tidak suka untuk membincangkan pemain-pemain yang masih di sini bersama kami,” tambah bos Chelsea itu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -