Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Wakil AS, China bincang mulakan semula dialog dengan Korea U

    WASHINGTON, 6 APRIL – Amerika Syarikat (AS) dan China mengadakan pertemuan di Washington pada Selasa untuk membincangkan mengenai isu berhubung mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear. 

    Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price perbincangan itu melibatkan wakil khas AS untuk Korea Utara Sung Kim dan Liu Xiaoming dari China, lapor agensi berita Yonhap.

    “Wakil Khas Kim dan Liu telah berbincang mengenai peluang untuk memajukan matlamat bersama kami bagi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear dan bagaimana untuk menggalakkan Korea Utara terlibat dalam rundingan,” katanya. 

    Korea Utara telah melancarkan 12 peluru berpandu setakat tahun ini, termasuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang pertama dalam tempoh lebih empat tahun.

    Pyongyang masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap cadangan AS. Kali terakhir AS dan Korea Utara mengadakan rundingan adalah pada akhir 2019.

    Perbincangan itu diadakan sehari selepas utusan khas AS dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Noh Kyu Duk, bersetuju untuk kemuka resolusi baharu mengenai Korea Utara dalam rundingan dua hala mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...