Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Awang Muhammad Hazri bin Haji Mohd Hamzani yang mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Musabaqah 28th Universal Glorious Quran Competition dalam Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran telah berjaya maya ke peringkat akhir.
Beliau merupakan mahasiswa Tahun 3, Ma’had Al-Qiraat Shoubra, Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir.
Di peringkat akhir musabaqah tersebut, beliau merupakan antara peserta yang mendapat markah 90 peratus dan ke atas daripada 36 buah negara yang menyertainya dalam kategori berkenaan di mana beliau telah memperolehi markah 90.65 peratus.
Mengiringi Awang Muhammad Hazri ke musabaqah tersebut ialah Atase Pelajaran dan Kebudayaan, Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir, Awang Muskrisman Safari bin Haji Mustapa selaku pengurus rombongan.