Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Wakil PBB ikrar tidak kembali ke Myanmar kecuali bertemu Suu Kyi

-

SINGAPURA, 5 SEPT – Wakil khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Myanmar hari ini berikrar untuk tidak kembali ke negara itu kecuali dia dibenarkan bertemu pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi, selepas lawatan yang dikritik untuk bertemu junta.

Usaha-usaha diplomatik untuk menyelesaikan kebuntuan berdarah Myanmar yang diketuai oleh PBB dan blok serantau ASEAN tidak menampakkan hasil, dengan jeneral-jeneral enggan melibatkan penentang.

Wakil Khas PBB, Noeleez Heyzer bertemu pemimpin-pemimpin kanan junta di ibu negara bulan lalu semasa kunjungan sulungnya, 10 bulan selepas pelantikannya.

Lawatan itu mencetuskan kritikan daripada junta dan penentang tentera.

Dia tidak dibenarkan bertemu Suu Kyi, yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun keseluruhannya.

Wakil PBB itu kemudian menjengkelkan pegawai-pegawai junta yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan sebelah pihak mengenai apa yang telah dibincangkan.

Heyzer menggesa bagi penamatan keganasan dan pembebasan semua tahanan politik, pejabatnya menyatakan pada masa itu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -