Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakil rakyat diingatkan agar pamer prestasi terbaik

    KUCHING, 12 Mac – Peringatan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mahu wakil rakyat di negeri ini, prestasi terbaik perlu diberi perhatian serius, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau berkata Abang Johari dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak mutlak dalam menentukan prestasi wakil rakyat dan mereka pastinya mempunyai kaedah sendiri untuk menilai sama ada wakil rakyat telah menunaikan tugas serta tanggungjawab mereka.

    “Sepatutnya memang begitu kerana kita mesti berasaskan kepada pencapaian. Kalau kita ‘perform’, mesti ada ganjarannya,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir 2,000 penerima dari Parlimen Petra Jaya di Akademi Kastam Diraja Malaysia di sini Ahad.

    Fadillah, yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Abang Johari kepada wakil rakyat supaya menjalankan tugas yang diamanahkan, atau mereka tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

    Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak itu turut menyatakan komitmen pergerakan itu bersama Abang Johari yang mahu wakil rakyat menunjukkan prestasi terbaik.

    Ketika diminta mengulas mengenai satu lagi amaran Abang Johari supaya jangan menjadi wakil rakyat kerana hendak mencari peluang perniagaan, Fadillah berkata sememangnya wakil rakyat perlu memberi sepenuh perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat apabila dipilih.

    “Sejak dahulu lagi ia memang jadi amalan khususnya dalam PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), daripada zaman Tun Abdul Taib Mahmud sehingga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

    “Sekarang ini di bawah Abang Johari pun ditetapkan bahawa kita ada dua pilihan sama ada kalau kita nak terlibat dalam politik biarlah kita menjadi ahli politik yang memberi khidmat bakti kita kepada negeri, negara dan rakyat kita. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda