Wakil Taliban, junta Myanmar belum dibenarkan di pbb

NEW YORK, 2 DIS – Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.

Menurut agensi Anadolu, Duta Besar Sweden ke PBB Anna Enestrom memberitahu pemberita selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kelayakan Perhimpunan Agung yang dipengerusikannya bahawa jawatankuasa itu memutuskan untuk menangguhkan keputusannya dalam itu.

Pengumuman itu bermakna wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.

Jawatankuasa Tauliah, yang terdiri daripada sembilan ahli, diberi mandat untuk meneliti kelayakan wakil negara anggota dan melaporkan kepada Perhimpunan Agung mengenainya, kata kenyataan itu.

Taliban, yang merampas kuasa pada pertengahan Ogos daripada kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, mencalonkan jurucakapnya yang berpangkalan di Doha Suhail Shaheen sebagai duta Afghanistan ke PBB . – Bernama

Pix web caps: Gambar fail qakil Myanmar ke PBB sebelum ini, Kyaw Moe Tun. – AFP