Wednesday, November 13, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakili Brunei sambut Jubli Emas ASEAN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Tiga orang ahli Persatuan Pelajar Brunei di Barat Australia (BSAWA), hari ini, telah mewakili Brunei Darussalam ke Majlis Sambutan Jubli Emas ASEAN yang diadakan di Konsulat Jeneral Republik Indonesia. Majlis berkenaan dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia selaku pengerusi kumpulan kerja ASEAN di Perth, Barat Australia, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSAWA.

    Kenyataan menyatakan bahawa majlis berkenaan telah dihadiri oleh Konsul Jeneral Malaysia di Perth, Nazarudin Ja’afar, Konsul Jeneral Indonesia di Perth, Ade Padmo Sarwono dan Konsul Jeneral Republik Sosialis Vietnam di Perth, Phong The Long.

    Turut hadir ialah Menteri Pelancongan Barat Australia serta pemimpin pejabat-pejabat pembangkang. Nazarudin Ja’afar dipetik sebagai berkata, Australia adalah antara rakan paling penting kumpulan kerja ASEAN dan sepanjang dekad kebelakangan, negara-negara ASEAN telah merekodkan jumlah tertinggi pengunjung ke Australia, terutamanya di Barat Australia.

    Dalam ucapannya, menurut kenyataan itu, beliau juga menambah bahawa ASEAN dan rakan-rakan seperti Australia dan Kesatuan Eropah (EU) mesti terus membangunkan perpaduan serantau dan bekerja secara kolaborasi untuk meningkatkan pembangunan masa depan rantau ASEAN dan kemungkinan, dunia. Di majlis itu, kesemua 10 buah negara ASEAN serta negara-negara rakan telah diwakili oleh pegawai-pegawai dan delegasi untuk meraikan permulaan ulang tahun ke-50 ASEAN. Brunei Darussalam telah diwakili oleh Awang Muhamad Zulfadli bin Mahadi, Awang Mohd Nasiruddin bin Haji Masir dan Awang Mohd Izzat bin Haji Mohamad.

    Tiga ahli BSAWA yang mewakili Brunei ke Majlis Sambutan Jubli Emas ASEAN.
    Tiga ahli BSAWA yang mewakili Brunei ke Majlis Sambutan Jubli Emas ASEAN.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda