Waktu bekerja sektor kerajaan?

Saya ingin mengemukakan satu cadangan berhubung dengan waktu tidak bekerja bagi sektor kerajaan dan institusi pendidikan di negara ini.

Sebaliknya waktu tidak bekerja, Jumaat dan Ahad, kita boleh tukarnya kepada Khamis dan Jumaat atau Sabtu dan Ahad, bersamaan dengan negara-negara luar yang lain.

Cadangan ini adalah untuk memberikan ruang kepada pekerja supaya dapat berehat sepenuhnya selama dua hari berbanding bekerja antara hari cuti rehat. – Kebimbangan bercuti