Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Waktu itu saya tiada duit untuk membeli’

    Tindakan pelakon The Rock membeli semua coklat jenama Snickers di sebuah kedai serbaneka di Amerika Syarikat menarik perhatian peminat dan warganet.

    The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, 50, berkata dia memborong makanan ringan itu kerana mahu menebus tindakannya semasa remaja pernah mencuri coklat bersama beberapa rakan.

    “Ketika umur 14 tahun, saya selalu datang ke kedai 7-Eleven untuk mencuri coklat Snickers sebab saya suka dengan coklat ini.

    “Waktu itu saya tiada duit untuk membelinya. Jadi saya terpaksa mencuri,” katanya.

    Pelakon Jumanji itu membeli semua jenis perisa coklat Snickers dan memberikan kepada pelanggan yang datang secara percuma.

    “Saya beli semua jenis coklat Snickers sebab saya rasa bersalah dan sekarang saya sudah mempunyai wang untuk membelinya,” katanya.

    Sementara itu, Dwayne juga sempat berseloroh kepada pekerja kedai 7-Eleven dan membayar barangan yang dibeli oleh pelanggan.

    “Biar saya yang bayarkan barang yang dibeli oleh pelanggan.

    “Kalau awak ada nampak sesiapa yang ingin mencuri coklat Snickers, beri sahaja kepadanya,” katanya sambil berseloroh. – Agensi

    The Rock memborong coklat kerana mahu menebus tindakannya semasa remaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...