Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Waktu kawalan pergerakan malam masih kekal

    Oleh Syahmi Hassan &
    Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Kem. Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Dua pelanggaran arahan telah dikesan semasa sekatan pergerakan bermula jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi tadi.

    Kedua-dua pelanggaran arahan tersebut adalah pelanggaran arahan berada di rumah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang mewakili Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media harian COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Kedua-dua pesalah telah pun dikeluarkan denda kompaun, manakala kesalahan-kesalahan itu telah dikesan di kawasan Daerah Brunei dan Muara, tambahnya.

    Ketika menjawab pertanyaan pengamal media sama ada sekatan pergerakan malam itu akan dikaji semula, Yang Berhormat Dato menyatakan ia masih lagi dikekalkan pada waktu yang sama.

    Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Pandu COVID juga memang sentiasa mengkaji mengenai perkara itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...