Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Waktu operasi BDCB di bulan Ramadan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan 1444H, pejabat Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) akan ditutup pada 23 Mac dan akan beroperasi semula pada 24 Mac.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, BDCB menjelaskan bahawa penutupan berkenaan juga termasuk Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB, Mesin Deposit Syiling BDCB, kaunter perkhidmatan pelanggan Biro Kredit, Isu Pengguna Kewangan dan Baki Wang yang Tidak Dituntut serta sistem pembayaran Real Time Gross Settlement (RTGS) dan Automated Clearing House (ACH). Pada masa yang sama, BDCB juga memaklumkan waktu operasi di sepanjang bulan puasa iaitu waktu be-kerja, Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 3 petang dan Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    Gift Shop BDCB, Isnin hingga Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan ditutup pada Jumaat; Galeri Mata Wang BDCB pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 10:30 pagi; Mesin Deposit Duit Syiling BDCB pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 2 petang dan Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 10 pagi.

    Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, Kaunter Perkhidmatan Aduan Pengguna Kewangan dan Kaunter Perkhidmatan Baki Wang yang Tidak Dituntut pula pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 2 petang dan Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

    Bagi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, Kaunter Perkhidmatan Aduan Pengguna Kewangan dan Kaunter Perkhidmatan Baki Wang yang Tidak Dituntut, orang ramai dinasihatkan untuk membuat panggilan ke bahagian berkenaan terlebih dahulu sebelum hadir iaitu Biro Kredit di talian 7372369, Isu Pengguna Kewangan di talian 8380007 dan Pengawalseliaan 1 di talian 2380975.

    Bagi Kaunter Sistem RTGS, Isnin hingga Khamis dari pukul 9 pagi hingga 2 petang dan Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi serta Sistem ACH, Isnin hingga Khamis dari pukul 8:50 pagi hingga 1:40 petang dan Jumaat dari pukul 8:40 pagi hingga 10:50 pagi.

    BDCB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -