Waktu operasi BIBD minggu ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengumumkan kemas kini waktu operasi cawangan-cawangannya bagi 20 hingga 24 September depan, berdasarkan langkah-langkah kawalan COVID-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, hari ini, waktu operasi sepanjang tempoh itu adalah dari 9 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Khamis dan 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat manakala itu, semua cawangan ditutup pada Sabtu dan Ahad.

Waktu operasi berkenaan adalah bagi cawangan ibu pejabat, Kiulap, Serusop, Tanjung Bunut, Tutong, Temburong dan Kuala Belait.

Semua perkhidmatan juruwang (pengeluaran, deposit dan pengiriman wang) akan tersedia di semua cawangan yang beroperasi kecuali cawangan Kuala Belait di mana hanya perkhidmatan pengeluaran wang tunai tersedia.

Bagi perkhidmatan pembiayaan, PERDANA Privilege Banking, Perbankan Korporat, BIBD Ar-Rahnu dan Sekuriti BIBD pula akan tersedia di cawangan terpilih sepanjang minggu ini melalui janji temu sahaja.

Sementara itu, terminal layan diri seperti ATM dan mesin deposit tunai (CDM) tetap tersedia di kesemua e-cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Sengkurong, Gadong NEXGEN dan UBD Core NEXGEN.

Mesin deposit cek (CQM) juga terdapat di semua e-cawangan kecuali e-cawangan NEXGEN Sengkurong dan Gadong.

Cawangan Seri, Muara, Manggis, Rimba, Panaga dan Seria akan terus ditutup. Sebarang kemas kini akan disampaikan melalui saluran rasmi BIBD.