Waktu operasi Jambatan SHOAS dilanjutkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Waktu operasi Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) akan dilanjutkan dari jam 6 pagi sehingga 12 malam bermula 1 Syawal 1442H selama dua minggu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan waktu operasi lanjutan itu daripada kebiasaan jam 6 pagi sehingga 10 malam. Sehubungan itu, para pengguna jambatan dinasihatkan untuk memandu secara berhemah dan sentiasa mengikut peraturan-peraturan jambatan yang telah ditetapkan bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.