Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Waktu operasi kaunter Jabatan Tanah dikemas kini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Waktu operasi kaunter-kaunter perkhidmatan dan pembayaran di bahagian-bahagian Jabatan Tanah dan cawangan pejabat tanah daerah telah dikemas kini.

    Kaunter perkhidmatan beroperasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi manakala pada sebelah petang, dari pukul 1:45 petang hingga 3 petang.

    Sementara itu, kaunter pembayaran pula beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:45 petang hingga 3 petang. Manakala itu, pada Sabtu akan mula dibuka dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan pukul 1:45 petang hingga 2:45 petang.

    Kaunter perkhidmatan dan pembayaran berkenaan akan ditutup pada Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa pembayaran menggunakan cek hanya akan diterima pada sebelah pagi sahaja dan cukai tanah juga hendaklah dibayar pada 1 Januari setiap tahun (Bab17, Kanun Tanah, Penggal 40).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...