Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Waktu operasi perkhidmatan kesihatan sepanjang Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan telah memaklumkan orang ramai mengenai waktu operasi bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi pusat-pusat kesihatan dan klinik kesihatan di sepanjang bulan Ramadan ini.

    Waktu operasi Pusat Kesihatan Berakas pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu kecuali hari kelepasan awam bermula dari pukul 8 pagi hingga 2 petang.

    Waktu operasi berkenaan adalah untuk penduduk di bawah tadahan pusat kesihatan itu manakala pada pukul 7:30 malam hingga 10 malam dibukakan kepada semua.

    Sementara itu, pada Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam dibukakan untuk semua bermula 2 petang hingga 4 petang dan pada sebelah malam dari pukul 7:30 malam hingga 10 malam.

    Manakala di Pusat Kesihatan Sungai Liang pula, waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 2 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam) untuk penduduk di bawah tadahan pusat kesihatan berkenaan.

    Pada Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam terbuka untuk semua dari pukul 2 petang hingga 4 petang dan 7:30 malam hingga 9 malam.

    Bagi pusat kesihatan, klinik kesihatan, perkhidmatan psikologi masyarakat dan perkhidmatan pemakanan masyarakat yang lain di seluruh negara, waktu operasi adalah dari pukul 8 pagi hingga 2 petang pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, yang dibuka bagi penduduk di bawah tadahan pusat-pusat kesihatan berkenaan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk hadir selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu operasi berakhir untuk memastikan perkhidmatan dapat diberikan dengan lancar.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...