Waktu operasi Pusat Swab SPOC dikemas kini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ingin membetulkan ralat yang berlaku dalam kenyataan medianya berkaitan waktu beroperasi bagi pusat-pusat swab di Negara Brunei Darussalam bertarikh 23 Disember lalu di mana Kementerian Kesihatan memohon maaf atas kesilapan berkenaan.

Dalam kenyataan media itu, satu ralat yang ingin diperbetulkan adalah waktu beroperasi bagi Pusat Swab Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SPOC) di mana Ahad juga termasuk dalam hari-hari perkhidmatan di pusat swab berkenaan.

Oleh demikian jadual yang ingin diperbetulkan ialah bagi Pusat Swab SPOC, waktu operasi ialah Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 8 malam di mana pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman.

Sementara itu, pada Jumaat, Pusat Swab SPOC beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12
tengah hari dan 2 petang hingga 8 malam.