Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Waktu operasi pusat swab, vaksinasi, talian 145

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Waktu-waktu beroperasi bagi perkhidmatan pusat-pusat swab, pusat-pusat vaksinasi dan Talian Harapan 145 pada bulan Ramadan telah diubah.

Bagi perkhidmatan Pusat Swab Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SPOC), beroperasi setiap hari termasuk hari-hari kelepasan awam dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan pukul 7:30 malam hingga 10 malam.

Pusat Bridex, Jerudong dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan ditutup pada Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam manakala Pusat Swab Pusat Kesihatan Berakas dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan pukul 7:30 malam hingga 10:30 malam serta Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam dari pukul 2 petang hingga 4 petang dan pukul 7:30 malam hingga 10:30 malam.

Pusat Kesihatan Pengkalan Batu, dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan ditutup pada Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam, Pusat SARI 2, Hospital Suri Seri Begawan, beroperasi setiap hari termasuk hari-hari kelepasan awam dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan dari pukul 8:30 malam hingga 11 malam.

Pusat Swab Insani, Seria dari pukul 8 pagi hingga 1.30 petang dan Pusat Sungai Kelugos dari pukul 8 pagi hingga 2 petang serta ditutup pada Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.

Sementara bagi Perkhidmatan Pusat Vaksinasi di seluruh negara dari pukul 8:30 pagi hingga 1 petang. Bagi Perkhidmatan Talian Harapan 145, waktu beroperasi ialah pada setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga pukul 5:30 petang dan dari pukul 7:30 malam hingga 10 malam.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -