Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

Waktu perkhidmatan kaunter TAP Ramadan ini

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, telah memaklumkan waktu perkhidmatan kaunter-kaunter TAP di kesemua cawangannya sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Perkhidmatan bagi kaunter pembayaran akan bermula dari pukul 8:15 pagi hingga 12:30 tengah hari, manakala bagi kaunter pertanyaan, pendaftaran dan pengeluaran pula akan mula beroperasi dari pukul 8:15 pagi hingga 1 petang.

Sementara itu, Pusat Panggilan TAP akan beroperasi dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8:15 pagi hingga 2 petang.

Bagi urusan pendaftaran, pembayaran caruman dan lain-lain boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn bagi majikan dan ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel ask@tap.com.bn.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -