Waktu perniagaan bulan Ramadan Pasar Pelbagai Barangan Gadong dibincangkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Waktu operasi bagi perniagaan di Pasar Pelbagai Barangan Gadong akan mengalami perubahan.

“Perkara ini akan diadakan perbincangan dengan berbagai-bagai pihak lain dan hasilnya akan diumumkan kemudian sebelum Ramadan yang akan datang ini,” jelas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dalam sesi soal jawab pada Sidang Media bagi Status Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Menjawab soalan mengenai pemandu-pemandu yang membawa barangan import dari luar negara, Yang Berhormat Pehin berkata, ia masih berjalan seperti biasa dan mereka hanya dibenarkan untuk menghantar barangan perniagaan saja dan kembali ke tempat asal pada hari yang sama.