Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Waktu persekolahan di bulan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Kementerian Pendidikan memaklumkan mengenai waktu-waktu persekolahan semasa bulan Ramadan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah, maktab-maktab serta pusat-pusat tingkatan enam di seluruh negara bagi tahun ini.

    Waktu-waktu persekolahan bagi sekolah rendah sesi pagi bermula dari pukul 7:45 pagi hingga 11:40 pagi.

    Manakala bagi sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan pusat tingkatan enam sesi pagi bermula 7:45 pagi hingga 11:50 pagi dan sesi petang bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang dan ini adalah bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi.

    Sementara pelajar-pelajar pra sekolah akan diberikan kelonggaran waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara sekolah masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -