Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Waktu yang salah

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

     

    “EYH Kim, hujung minggu ane, mau kau bejalan ke kampung nini ku untuk beraya, setahuku nini ku ada kali masih ne di sana, pasal baru-baru ane, mama sama babah ku baru saja balik melawat nini ku di sana atu, apa macam, boleh geng?,” tanya Faye kepada kawannya, Kim ketika dia sedang duduk bersembang pada satu petang di perkarangan rumah Faye.

    “Emmmm bah boleh jua, tapi kau driving ah, pasal kau ganya tahu jalannya ke kampung atu kan,” balas Kim kepada Faye yang sedang termenung memandang wajah Kim sedang menanti jawapan darinya. “Okey, set, hujung minggu ane, kitani bejalan ah,” tambah Faye lagi. “Eyh babah sama mama mu tau ne kau kan behajat ke kampung nini mu ane?,” tanya Kim kepada Faye.

    “Emmmm alum pulang ku becakap sama bisdurang dari tadi ane Kim,” jawab Faye. “La, maksudmu, alum tah kau becakap sama bisdurang ne semenjak babah sama mamamu balik dari kampung ninimu atu, Faye,” tanya Kim lagi seperti hairan. “Awu Kim, entah ah malas jua ku kan betanya, ku liat sedih saja balik-baliknya atu, entah kenapa ya kah,” terang Faye lagi.

    Selepas sahaja perbincangan antara dua rakan baik itu selesai, mereka berdua pun berpakat untuk berkunjung ke kampung nenek Faye yang terletak di sebuah perkampungan kecil di luar bandar untuk berhari raya.

    “Emmmm macam mana ne ah, perlukah ku beritahu bapa sama mama ah kan behari raya ke rumah nini ane ah, batah sudah inda ke sana, hari raya pun inda pernah kan balik, baik juga ku masih ingat sikit-sikit jalan ke rumah nini ane,” bisik hati Faye sambil memandang sekeping gambar potret lama keluarganya.

    “Inda apa lah, aku jalan saja, sudah sampai rumah nini atu saja ku text bapa sama mama,” bisik hati Faye lagi, lalu melompat ke atas katil lalu tertidur berdengkur.

    “Faye, nampak kau mama sama babahkah?,” tanya kaka Faye, Watie yang ternampak Faye di dapur sedang membuat milo sejuk. “Emmm inda kak, dari tadi sudah bisdurang bejalan,” balas Faye.

    “Owhhh, bah ada tah urusan bisdurang di kampung nini kali tue,” jawap Watie lagi. “Eyh kak, aku ane kan beraya bah arah nini di kampung, rindu ku suasana di kampung ah,” Faye berkata kepada kakaknya.

    “Whaaattttttttt, waktu ane, bah baiktah jangan Faye, bemara kau karang,” Watie seperti terkejut mendengar niat adiknya itu.

    “Eyh kenapakan kak, nini jua tue di kampung atu,” tanya Faye hairan. “Kata ku jangan, jangan Faye, mendangarkaukah,” balas Watie marah sambil berlalu pergi. “Aduh kenapa ya kan kaka ane, adakah aku kan dilarangnya melawat nini, sadang-sadang jua ia ane eyh,” Faye merunggut seorang diri sambil menghirup minumannya. “Inda ku kira jua, tetap ku pergi ne, walau apapun terjadi,” bisik hati Faye lagi.

    Di pagi hari Khamis

    Kelihatan Faye sedang bersiap dengan memakai pakaian yang cantik dan menawan kerana ingin mengunjungi neneknya di kampung. Tanpa membuang masa, dia terus berjalan mengambil kunci kereta dan berlalu pergi tanpa memaklumkan ayah dan ibunya. “Kim ready kau sudah,aku menunggu kau sudah ne, di luar rumah mu,” Faye menelefon Kim.

    “Eyh sabar Faye, masih ku bemakeup ne, mau jua ku kan belawa sis, manatau ada laki-laki hot di kampung nini mu atu,” jawap Kim. “Eyh kau ane, lambat tia karang, jauh jua perjalanan kitani ne,” jawap Faye. “Bah sekajap,” balas Kim.

    Perjalanan menuju ke kampung nenek Faye memakan masa selama tiga jam dan di sepanjang perjalanan, Faye rancak bercerita kepada Kim akan keseronokan suasana kampung halaman neneknya yang damai dan tenang.

    Kim pula seakan-akan tak sabar melihat suasana kampung nenek Faye itu. Dalam perjalanan itu, awan yang cerah semakin gelap, kelihatan pokok-pokok di tepi jalan raya bergoyang kuat menandakan angin yang kuat.

    “Eyhhhh Faye, meliat kau kah tue, cuaca ah seram saja ku liat, mana kan kampung nini mu ane, luruskah jalan kau tuju ane Faye,” tanya Kim seakan-akan takut melihat keadaan cuaca ketika itu. “Awu lurus ne jalannya, aku pernah ne lalu di jalan ane, lurus ne,” balas Faye seakan-akan yakin.

    “Faye, sudah kau kunci kah pintu keretamu ane, kunci eyh keretamu ane, seram ku keadaan di luar atu eyh, baru juga pukul 1 tapi macam malam tia sudah, inda kau takut kah Faye, kitani ane bini-bini,” kelihatan Kim sudah terasa takut sambil memandang Faye yang tekun memandang ke hadapan.

    Kelihatan Faye sangat fokus memandang ke hadapan meskipun dibelengu dengan kata-kata Kim. “Eyh tak kira, aku mesti sampai ke rumah nini, walau apapun, mesti sampai ne,” bisik hati Faye di dalam hati. Di sepanjang perjalanan, hanya hutan-hutan sahaja yang nampak, langsung tidak memperlihatkan sebarang rumah-rumah dan situasi itu membuatkan Kim bertambah takut dan terasa seram.

    Namun secara tiba-tiba, hutan turun dengan begitu lebat, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, namun mereka masih belum sampai-sampai lagi. “Eyh Faye, kan pukul 4 sudah ne, alum sampai lagi kah, kata 3 jam perjalanan saja, simpang siur sudah kitani lalui ane, alum jua sampai-sampai,” tanya Kim lagi merungut.

    “Eshhhh kau ane Kim, cubatah kau diam, dari tadi kau ane becakap tah saja, cuba tah diam, aku fokus bah ne,” jawab Faye lagi kepada Kim. Perjalanan gadis berdua itu diteruskan walaupun dalam keadaan hujan yang lebat ditambah dengan kilat yang kuat. Namun setelah beberapa minit, kemudian, hujan tiba-tiba berhenti dan Faye mula terlihat beberapa buah rumah.

    “Nah kan Kim, kau inda percaya, sampaikan kitani sudah, nah ane tah nah kampung nini ku, meliat kau,” kata Faye kepada Kim yang terpaku seperti patung boneka.

    Faye mula memperlahankan keretanya dan menelusuri beberapa buah rumah-rumah, anehnya rumah-rumah di situ kelihatan kosong dan tidak berpenghuni, usang, seram dan terlihat beberapa ekor kelawar sedang terbang mengelilingi sebuah rumah.

    Ayah dan ibu

    “Watieeeee, nampak kau cFaye kah?,” tanya ayah Faye kepada Watie. “Inda pa, rasa ku bejalan ya tadi sama cKim sebalah ah, kajap pa ah aku tanya mamanya dulu,” jawab Watie sambil menuju ke telefon rumah mereka. “Aahhhhhhhhh, apa,” teriak Watie terkejut.

    “Eyhhhh kenapa kau Watie, kenapa,” tanya ayah Faye. “Paaaaa, Faye ke kampung nini,” Watie masih terkejut. “Ya Allah..berani cFaye ane, alum tah sampat babah kan beritahu ia, kampung nini kamu atu inda lagi ada, kosong sudah, lagi pun nininya inda lagi ada, telampau sibuk menguruskan kawasan atu, lupa kan beritahu ia,” kata ayah Faye.

    “Bah babahnya, agatah kita aga ya, susah hatiku ane,” kata ibu Faye kepada suaminya, Awang Rosli. “Bah sekajap lagi ku bejalan, mengaga ia,” katanya lagi kepada isterinya, Fatimah.

    Manakala di kampung itu

    “Eyh Faye, ia kah ne rumah ninimu?,” tanya Kim kepada Faye. “Awu rasaku ia ne Kim, rumahnya, kenapa macam kosong ane ah, dulu mana kosong ne, mana tia nini ane,” jawab Faye. “Cuba kau hon Faye, manatau tidur kah apa,” kata Kim lagi.

    “Eshhhh kau ane, urang tua-tua jua tue karang lain jadinya,” balas Faye lagi. “Bah ane bahapa lagi ne, lakastah cuba masuk ke dalam Faye, tapi takut ku Faye eyhhhhh, macam nada orang bah,” kata Kim lagi.

    Kim dan Faye pun keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama rumah. Kelihatan keadaan rumah sudah nampak gelap, usang dan memburuk namun Faye dan Kim tetap melangkah ke muka pintu.

    Namun sebaik sahaja Faye cuba mengetuk pintu rumah neneknya itu, tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat mula turun menyebabkan pintu rumah neneknya itu terbuka dan kelawar-kelawar hitam terbang melalui mereka.

    Faye dan Kim terkejut dan berteriak serta terjatuh ke tanah. Baju mereka basah dan dipenuhi dengan tanah. Kim dan Faye bangun serta laju berlari menuju ke kereta. Semasa menuju ke kereta, kelihatan beberapa ekor kelawar seperti mengejar mereka disertai dengan petir yang kuat. Kim berteriak kuat.

    “Faye, cepat,” teriak Kim kepada Faye. “Yaaaa Allah Faye, apa ne, apa ne, ini rumah nini mu kah, rumah nini mu kah rumah hantu ne,” kata Kim seakan-akan histeria. Tanpa berbicara, Faye cuba menghidupkan enjin kereta namun tidak dapat, “Ya Allah, kenapa pulang ne, inda tia mau idup, Ya Allah,” teriak Faye.

    Namun Faye mencuba beberapa kali, akhirnya berjaya dihidupkan. Sebaik sahaja Faye berundur dan berlalu, dia ternampak seperti ada kelibat sedang memerhati mereka dan seakan-akan neneknya. Malah kelibat itu seperti sedang tersenyum memandang Faye yang sedang ketakutan itu.

    “Cepattttt Faye, takan tia minyak atu, berambus kitani dari sini, takut kuuuu Fayeeee,” kata Kim yang basah kuyup ketakutan. “Awu, ku takan sudah, macam barat jua masih Kim, kenapa ya kan,” jawab Faye yang dalam ketakutan. Keadaan sudah gelap gelita hanya lampu kenderaan Faye sahaja menyinar kawasan hadapan, namun kereta Faye tetap juga perlahan seperti ada yang menahan roda kereta Faye dari berpusing.

    Namun tiba-tiba, kereta terhenti dan termati, di tengah jalan yang gelap. “Nahhhh, kenapa tia lagi Faye,” tanya Kim bertambah takut. “Inda ku tahu Kim, cana ne,” soal Faye yang dalam ketakutan juga.

    “Service lagi nada, cana ne,” Kim menangis. Hujan masih turun dengan lebat. Namun tiba-tiba, cermin mereka diketuk kuat, Kim dan Faye berteriak kuat sambil menutup mata.

    Pintu kereta mereka seperti hendak dibuka namun Faye tetap menutup wajahnya. Namun secara tiba-tiba, satu sinaran cahaya menyapa mereka, lantas Faye dan Kim membuka wajah mereka.

    “Ya Allah, bapa, paaaaaa, baik juga kita ada,” Faye membuka pintu. “Kenapa keretamu ane,” tanya Awang Rosli kepada Faye. “Inda tahu pa, temati sendiri,” jawab Faye. “Cuba hidupkan,” arah Awang Rosli. Ternyata, kereta Faye dapat dihidupkan semula dan diarah oleh ayahnya untuk berjalan di depan sambil diekori oleh ayahnya.

    Selepas sahaja memasuki kawasan pekan bandar, Faye, Kim dan Awang Rosli berhenti di sebuah kedai makan. Kim tidak lalu untuk makan kerana masih ketakutan dan Faye seperti tidak percaya kejadian seram itu berlaku pada dirinya.

    “Faye, ninimu batah sudah inda ada, kampung atu pun sudah nada,” kata Awang Rosli menambah lagi ketakutan dua gadis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -