Wales seri 1-1, raih perlawanan playoff

CARDIFF, UNITED KINGDOM, 17 NOV – Wales berjaya meraih kelayakan play-off separuh akhir Piala Dunia selepas pemain penyerang, Kieffer Moore menjaringkan gol penyamaan 1-1 menetang Belgium di laman sendiri, kelmarin.

Pasukan Rob Page telah pun dijamin tempat perlawanan playoff Piala Dunia pada bulan Mac menerusi keputusan Liga Negara-Negara mereka.

Tetapi menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E akan memastikan mereka mengelak perjalanan sukar ke Itali dan Portugal pada separuh akhir perlawanan playoff.

Ketika Kevin De Bruyne meletakkan Belgium di hadapan pada separuh masa pertama, peluang tersebut seakan terlepas.

Tetapi pemain penyerang Cardiff, Moore menyamakan kedudukan di stadium kelab kejuaraan di ibu negara Wales untuk menjamin pilihan perlawanan playoff yang berharga selepas Turki gagal memastikan kemenangan empat gol yang mereka perlukan menentang Montenegro.

“Saya merasa sangat bangga. Saya sangat beremosi pada penghujung perlawanan. Rakan sepasukan yang bermain di luar sana, untuk memberikan persembahan itu selepas perlawanan besar pada Sabtu lalu, ia adalah luar biasa,” kata Page.

Dengan kemenangan separuh akhir di gelanggang sendiri, Wales akan disenaraikan dalam undian nanti pada bulan November dan mereka berasa lebih yakin tentang usaha untuk layak ke Piala Dunia.

Wales akan menjadi pasukan tuan rumah kepada salah satu daripada Austria, Macedonia Utara, Poland, Ukraine, Turki atau Republik Czech pada separuh akhir.

Mereka kini hanya memburu dua kemenangan lagi untuk layak ke Piala Dunia buat kali kedua dan yang pertama sejak 1958. – AFP

Reaksi pemain-pemain Wales memuji penyokong selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Belgium kelmarin. – AFP