Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Walk-the-dog, teknik ampuh aksi permukaan

    Oleh Raz AS

    Setiap kali disebut jenis umpan tiruan (lure) aksi permukaan seperti walking bait, pensel, popper dan seumpamanya, terdapat satu teknik yang sangat sinonim dengan umpan-umpan tiruan tersebut. Tidak lain tidak bukan, ia adalah teknik yang dikenali sebagai walk-the-dog.

    Walk-the-dog ini adalah menjurus kepada aksi ke kiri dan ke kanan atau side-to-side yang digunakan untuk umpan tiruan jenis aksi permukaan tersebut, bagi meniru pergerakan ikan bermain-main di bahagian permukaan air.

    Jarak pergerakan atau range of motion bagi teknik walk-the-dog bergantung pada kelajuan gulungan, reka bentuk umpan dan tahap kemahiran seseorang pemancing itu. Apabila walk-the-dog dilakukan umpan tiruan akan bergerak secara zig-zag, 180 darjah setiap kali renggutan (twitch) dibuat, memberikan kocahan pada permukaan air untuk menarik perhatian ikan-ikan pemangsa untuk menerkamnya.

    Untuk melakukan walk-the-dog dengan berjaya bergantung pada ‘irama’ pergerakan hujung joran dan mengawal tali yang kendur dengan reel.

    Sebaik sahaja lontaran siap dilakukan, tali akan dibiarkan sedikit kendur. Dengan menghalakan hujung joran ke bawah dan joran kemudiannya direnggut.

    Umpan aksi permukaan seperti walking bait, pensel dan popper sangat sinonim dengan teknik walk-the-dog. – Agensi
    Untuk melakukan walk-the-dog dengan berjaya bergantung pada ‘irama’ pergerakan hujung joran dan mengawal tali yang kendur dengan reel. – Agensi

    Perkara utama yang patut dielakkan adalah tali kencang, kerana ini akan mengakibatkan umpan tertarik jauh ke hadapan setiap kali renggutan dilakukan. Sebaliknya, ‘lepaskan’ kenduran tali setelah setiap renggutan agar umpan dapat ‘berpaling’ ke sisi. Perbuatan ini kemudiannya diulang supaya umpan berpaling ke arah berlawanan, dan diteruskan dengan ‘irama’ yang sekata.

    Apabila dilakukan dengan betul, umpan akan bergerak berpaling ke kiri ke kanan dan perlahan-lahan kembali kepada tempat anda berdiri dengan lebihan tali digulung secara perlahan-lahan.

    Teknik walk-the-dog merupakan ‘kemahiran’ yang sangat berguna kepada pemancing untuk merangkumi lebih banyak kawasan, walau bagaimanapun, pemancing yang mahir dapat menyesuaikan kelajuan persembahannya berdasarkan kawasan sasaran.

    Sasaran di kawasan-kawasan berdekatan tempat ikan bersembunyi seperti reba, jeti, pokok tumbang dan lain-lain, walk-the-dog dapat dilakukan secara ‘menahan’ dengan lebih lama di kawasan itu tanpa umpan bergerak jauh ke hadapan. Kuncinya adalah dengan meninggalkan lebih banyak lebihan tali untuk memalingkan umpan tanpa mengakibatkan ia tertarik ke hadapan.

    Apabila ikan menyambar namun tidak terkena pada mata kail, menghentikan pergerakan seketika boleh menarik ikan untuk menyambarnya buat kali kedua, walau bagaimanapun sekiranya ia tidak mengendahkannya lagi, teruskan membuat walk-the-dog dan anda mungkin berpeluang untuk menarik perhatian ikan itu sekali lagi.

    Setelah ikan berjaya menerkam umpan, lakukan hookset dengan pergerakan sapuan sisi atau sideway sweep. Tidak perlu melakukan hookset ke atas dengan ganas kerana ia boleh menyebabkan matakail terlepas dari mulut ikan.

    Bagi teknik walk-the-dog ini, penggunaan tali jenis terapung sama ada tali sulam (braided) atau monofilament, merupa-kan kunci utama kejayaan untuk melakukannya. Ada pemancing yang menggunakan tali sulam secara keseluruhan, dan ada juga yang menyambungkannya dengan perambut monofilament. Ini kerana monofilament lebih keras oleh itu lebih kurang kemungkinan tali terpulut pada mata kail. Meskipun menggunakan keseluruhan monofilament juga boleh namun kerana sifat renggangannya yang kuat boleh mengakibatkan anda terlepas hookset.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...