Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Ahli jawatankuasa takmir masjid dan Kumpulan Belia Syababus Salam, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien telah mengadakan walkaton bersempena ulang tahun Masjid Omar ‘Ali Saifuddien yang ke-64 tahun kelmarin.
Walkaton bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara disertai oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Terdahulu, acara dimulakan dengan solat Fardu Subuh, dikuti oleh kuliah subuh yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), KHEU, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.
Walkaton itu diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara jawatan-kuasa takmir masjid, ahli Kumpulan Belia Syababus Salam, jemaah Muslimah dan jemaah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien serta orang ramai.
Selain itu, aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta membentuk individu yang sihat dari segi jasmani dan rohani.