Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Walkaton ingati Hijrah Rasulullah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Bagi mengenang peristiwa hijrah Rasulullah SAW, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian Imarah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara dan Kumpulan Belia Masjid (Syababul Raudah), Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong telah mengadakan acara Ceramah dan Walkaton sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang berlangsung di Masjid Jefri Bolkiah itu ialah Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Juffle bin Haji Mega.

    Acara itu juga bertujuan untuk mendedahkan belia dan beliawanis terhadap peristiwa yang membawa kepada penghijrahan agar dapat membuka minda belia betapa pentingnya hijrah dan kebaikan pada peristiwa hijrah itu.

    Di samping mendekatkan belia dengan masjid, acara berkenaan juga dihasratkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim belia dengan masyarakat.

    Antara yang turut menyertai acara walkaton yang bermula di Masjid Jefri Bolkiah, pagi kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...