Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Walkaton meriahkan Hari Guru ke-32

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Ratusan guru di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) berserta keluarga mereka, berkumpul dari awal pagi lagi untuk sama-sama memeriahkan, menyertai dan menyokong usaha mengamalkan gaya hidup aktif menerusi Walkaton Sempena Hari Guru ke-32 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan pelepasan peserta walkaton dan sama-sama menyertai aktiviti berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Acara turut dihadiri dan disertai oleh setiausaha-setiausaha tetap, naib-naib canselor, rektor, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pemimpin-pemimpin sekolah dari Kementerian Pendidikan dan KHEU serta ahli keluarga mereka.

    Majlis dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan diteruskan dengan pelepasan acara walkaton oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan di mana para peserta berjalan kaki sejauh 3 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Acara walkaton berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan dan KHEU.

    Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan amalan cara hidup yang sihat serta menyokong usaha mencapai 20 Bilion Langkah Bersama Kementerian Kesihatan dan menyemarakkan lagi suasana Program Bandarku Ceria.

    Acara berkenaan juga dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan dan KHEU serta ahli keluarga mereka melalui aktiviti sukan dan riadah.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menyempurnakan pelepasan peserta bagi Acara Walkaton sempena Hari Guru ke-32 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Walkaton itu dimeriahkan ratusan warga kementerian dan guru bersama keluarga mereka bagi menyerikan sambutan dan menyokong amalan gaya hidup aktif. – Gambar oleh Sim Y.H
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah sama-sama menyertai acara pemanasan badan semasa Acara Walkaton Sempena Hari Guru ke-32 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.
    Guru-guru berserta ahli keluarga sama-sama menyertai acara walkaton sejauh 3 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...