Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Walkaton sempena Hari Guru 23 Oktober ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Orang ramai terutama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bersama keluarga masing-masing adalah dialu-alukan untuk sama-sama memberi sokongan dan menyertai dalam acara walkaton sempena Hari Guru ke-32 tahun ini, yang akan berlangsung pada 23 Oktober depan.

    Acara walkaton sejauh tiga kilometer yang akan bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara dijangka bermula pukul 7 pagi.

    Perkara berkenaan diumumkan oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Acara Walkaton sempena Hari Guru ke-32 dan pengerusi jawatankuasa acara-acara sukan sempena sambutan berkenaan pada sidang media di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Beliau turut menjelaskan, acara yang dikendalikan bersama oleh Kementerian Pendidikan dan KHEU itu antara lain bertujuan untuk memeriahkan Sambutan Hari Guru tahun ini di samping mengeratkan serta mengukuhkan hubungan silaturahim di kalangan warga kedua-dua kementerian.

    “Selain mendukung dan menyokong hasrat negara ke arah gaya ‘Cara Hidup Sihat’ dan beriadah sambil beramal dengan pembelian setiap baju walkaton akan didermakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Pusat Kanak-kanak Cacat (KACA) dan sebagainya,” tambah beliau.

    Awang Mohammad Norilham semasa menerangkan mengenai acara walkaton sempena Hari Guru ke-32 pada sidang media yang diadakan kelmarin.

    Sehubungan itu, borang permohonan boleh diperolehi di ibu pejabat dan cawangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan atau melalui pautan https://bit.ly/WHG2022.

    Pendaftaran dibukakan bermula esok hingga 2 Oktober dan bagi Daerah Brunei dan Muara, borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak dari pukul 9 pagi hingga 3:30 petang kecuali Jumaat yang akan ditutup dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

    Manakala itu, bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong pula, borang boleh dikembalikan di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, cawangan daerah masing-masing pada waktu bekerja dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Beliau turut menyatakan, penyerahan dan pengagihan baju peserta akan dilaksanakan pada 18 hingga 30 Oktober.

    Turut hadir pada sidang media itu ialah Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakit Dato Paduka Haji Abdul Razak selaku timbalan pengerusi, ketua Unit Jasmani dan ketua Unit Pentadbiran selaku setiausaha bersama ahli jawatankuasa kerja acara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...