Walker berdepan tindakan disiplin

LONDON, 6 APRIL – Kyle Walker berdepan dengan tindakan disiplin dari Manchester City meskipun telah membuat permohonan maaf selepas melanggar peraturan perintah berkurung walaupun telah dinasihati untuk berada di rumah.

Pemain pertahanan England telah membuat permohonan maaf dia dilaporkan mengadakan pesta di rumahnya minggu lalu, melanggar perintah kerajaan mengenai penjarakkan sosial.

“Saya faham bahawa posisi saya sebagai pemain bola sepak profesional bertanggungjawab sebagai modal insan,” Walker berkata dalam kenyataan.

“Oleh sebab itu, saya mahu meminta maaf kepada keluarga saya, kawan, kelab bola sepak, peminat dan orang ramai kerana telah menghampakan mereka.” “Mereka adalah wira di luar sana yang membuat perbezaan penting kepada masyarakat pada masa ini, dan saya berminat untuk membantu mereka dan mempamerkan pengorbanan hebat mereka dan kerja-kerja menyelamatkan nyawa beberapa minggu kebelakangan.”

Walker merupakan pemain kedua berprofil tinggi Liga Perdana Inggeris yang telah didapati melanggar perintah kerajaan selepas pemain Aston Villa, Jack Grealish. Ketua pasukan Villa telah pergi ke pesta minggu lalu dan dirakamkan lensa kamera ketika berada di jalan raya hanya memakai selipar, selepas beberapa jam dia memuat naik video menyeru peminat untuk berada di rumah menerusi media sosial. Bola sepak telah ditangguhkan disebabkan oleh wabak koronavirus dan City akan mempertimbangkan tindakan ke atas Walker.

Dalam kenyataan kelab berkata: “Kakitangan dan pemain kami telah bekerja untuk menyokong usaha hebat NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan) dan beberapa pekerja utama bagi melawan COVID-19 semampu kami, Tindakan Kyle dalam hal ini telah secara terang melanggar usaha-usaha ini.” – AFP

Kyle Walker berdepan dengan tindakan disiplin dari Manchester City selepas melanggar peraturan perintah berkurung. – AFP