Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Wan Maimunah ingin sarung pakaian putih semasa umrah

    Pelakon veteran, Wan Maimunah berhasrat menyarungkan pakaian serba putih sepanjang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 1 Disember depan.

    Bintang air mata itu tidak kisah sekiranya ada yang menyifatkan tindakannya sebagai membazir.

    Walaupun bukan kunjungan kali pertamanya ke Tanah Suci, namun, Wan Maimunah dengan linangan air mata mahu kelihatan elok dan bersih apabila diundang tetamu rumah Allah.

    “Saya tidak tahu kenapa perasaan ini timbul. Saya seolah-olah merasakan pergi takkan kembali. Lebih lagi, saya begitu teruja menyediakan persalinan serba putih untuk ke Makkah.

    “Saya juga bercadang memakai telekung putih apabila ke masjid. Bagi saya, tidak salah membelanjakan sedikit wang untuk membeli keperluan apabila menjadi tetamu rumah Allah.

    Hati Wan Maimunah tersentuh apabila perlu melakonkan babak jenazah dikafankan dalam telefilem Dosa Tak Terampun. – Agensi

    “Jika kita sanggup berhabis untuk hari raya atau menghadiri kenduri, kenapa hendak berkira berkunjung ke rumah Allah?,” katanya kepada wartawan.

    Wan Maimunah ditemui ketika penggambaran telefilem Dosa Tak Terampun arahan Bade Azmi di Kuang, Selangor, baru-baru ini.

    Pelakon yang meraih trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali itu berkata, hatinya lebih tersentuh apabila perlu melakonkan babak jenazah dikafankan dalam telefilem Dosa Tak Terampun itu.

    “Allahuakbar, saya terkejut ketika membaca skrip. Seolah-olah apa yang terdetik dalam fikiran bakal terjadi.

    “Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya. Sekiranya pergi dan tak kembali, saya reda. Ini kerana semuanya kehendak Ilahi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...