Wan Rahim, Afandi rehat urus kafa

KOTA BHARU, 28 JUN – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus bernasib malang apabila presidennya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah ‘direhatkan’ buat sementara waktu darpada menguruskan persatuan itu yang tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan.

Perkara itu diumumkan oleh Afandi sendiri selepas mesyuarat exco persatuan itu di Wisma KAFA di Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Afandi berkata Naib Presiden KAFA,  Datuk Shaari Mat Hussain dilantik sebagai pemangku tugas presiden persatuan itu berkuatkuasa hari ini.

“Keputusan kami berdua telah bersetuju oleh exco KAFA  dan keputusan ini dilakukan  bagi memberikan laluan kepada perubahan struktur persatuan buat sementara waktu.

“Jadi sekarang ini Datuk Shaari akan menguruskan KAFA sehingga tempoh yang bakal ditetapkan,” katanya kepada pada sidang media selepas mesyuarat tersebut. – Bernama