Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Wang kejutkan juara dunia Yamaguchi

    MANILA, 1 MEI – Wang Zhiyi pemain bukan pilihan utama China berjaya mengharungi perlawanan dramatik bersaing dengan juara dunia Akane Yamaguchi untuk meraih kemenangan menakjubkan dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Kejohanan Badminton Asia hari ini.

    Pemain nombor 16 dunia China itu memerlukan rawatan akibat kecederaan belakang sebelum bertahan untuk menewaskan pilihan utama Jepun dan juara bertahan Yamaguchi 15-21, 21-13, 21-19 dalam masa kurang satu jam setengah dengan aksi mendebarkan di hadapan penonton yang riuh.

    Seperti dalam kemenangan separuh akhir kelmarin ke atas pilihan kedua An Se-young dari Korea Selatan, pemain China berusia 22 tahun itu terpaksa bangkit daripada kekalahan pada perlawanan pembukaan.

    Selepas menyamakan kedudukan, Wang berpeluang meraih kemenangan selesa apabila dia mendahului 16-5 dalam mata penentuan sebelum dilanda kegelisahan akibat kecederaan belakang dialaminya untuk memberikan ruang kepada Yamaguchi.

    Pemain Jepun itu menggunakan semua pengalamannya untuk mengawal rentak permainan apabila Wang mula melakukan kesilapan dan Yamaguchi menyamakan kedudukan 19-19 selepas rali 30 pukulan.

    Wang, yang sebelum itu memerlukan perhatian daripada jurulatih di sisi gelanggang, mengumpulkan semua tenaga dan memaksa Yamaguchi ketinggalan untuk mencatat mata kejuaraan pertama.

    Satu lagi rali maraton menyusul, tetapi apabila Yamaguchi gagal di jaring, bintang badminton China yang sedang meningkat naik itu merebahkan diri kerana keletihan dan gembira apabila dia menjadi juara Asia buat kali pertama.

    Perlawanan akhir perseorangan lelaki pula akan menyaksikan pilihan keempat Jonatan Christie dari Indonesia menentang Lee Zii Jia dari Malaysia, pilihan ketiga lewat hari ini. – AFP

    Reaksi Wang Zhiyi bersama pingat emas selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan wanita di Kejohanan Badminton Asia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...