Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Wang tunai AS$20,000 dikembalikan kepada warga emas

GENEVA, 2 DIS – Seorang lelaki tua tiba-tiba menyedari dia kehilangan wang tunai lebih daripada AS$20,000 yang baru dikeluarkannya dari bank Switzerland dan menganggap dia telah dirompak.

Sebaliknya, sepasang suami isteri menemui gumpalan wang kertas itu, disimpan di dalam sampul surat yang terjatuh di jalan, lalu pergi ke rumahnya untuk memulangkan wang tersebut, kata polis kelmarin.

Pegawai berkata, lelaki yang bisu itu pergi ke bank di bandar kecil Martigny di selatan Switzerland dan mengeluarkan wang tunai sebanyak AS$20,000 franc Swiss ($21,260).

Setibanya di rumah, dia menyedari bahawa sampul suratnya berisi wang telah hilang.

Dia mengandaikan bahawa dia telah dirompak semasa perjalanan pulang, lalu dia pergi ke balai polis untuk melaporkan bahawa wangnya telah dicuri.

Walaubagaimanapun, ternyata dia bukan mangsa rompakan, tetapi sampul suratnya terjatuh ketika dia masuk ke dalam keretanya, yang diletakkan di luar bank.

Sepasang suami isteri yang menjumpai sampul surat itu pergi ke rumahnya untuk memulangkan wang tersebut dan lelaki itu sangat bersyukur lalu memberi pasangan itu 500 franc, kata polis, sambil memuji ‘kisah tauladan tentang kejujuran rakyat’. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -