Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Wang Yi, Dmytro Kuleba bincang perkembangan terkini isu Ukraine

    BEIJING, 5 APRIL – Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba saling bertukar-tukar pandangan berhubung situasi semasa di Ukraine menerusi panggilan telefon, pada Isnin.

    Wang menzahirkan penghargaan kepada Ukraine atas bantuan memindahkan warga China dari negara itu dengan selamat.

    Menurut beliau, pendirian asas China dalam isu Ukraine adalah mencapai keamanan dan mendorong rundingan.

    “China tidak mengejar sebarang kepentingan peribadi geopolitik dalam isu Ukraine, mahupun untuk  menjadikan situasi lebih tegang,” kata Wang.

    Tegas beliau, keamanan merupakan satu-satunya objektif pihak China dan China turut mengalu-alukan rundingan Rusia-Ukraine untuk mencapai keamanan. 

    Wang berkata dialog yang adil hanya akan wujud sekiranya semua pihak memegang prinsip bahawa ‘keselamatan tidak boleh dipisahkan’ serta mekanisme keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan.

    “China bersedia terus memainkan peranan yang membina, dan sentiasa mempercayai bahawa Ukraine akan membuat pilihan yang selaras dengan kepentingan asas rakyat sendiri,” tambahnya lagi.

    Sementara itu, Kuleba menyatakan China merupakan kekuatan positif yang penting dalam melindungi keamanan.

    Justeru katanya, Ukraine mengambil berat pengaruh antarabangsa China, dan bersedia mengekalkan interaksi dengan China serta berharap negara ini terus memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis.

    Kuleba berkata pihaknya masih berusaha mengadakan rundingan dengan Rusia agar dapat mencari jalan penyelesaian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...