Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Wang Yi tiba di Afghanistan

    KABUL, 24 MAC – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi tiba di Kabul hari ini, seminggu sebelum Beijing menghoskan mesyuarat negara jiran Afghanistan tentang bagaimana untuk membantu kerajaan Taliban.

    Sebelum kumpulan itu merampas kawalan negara berkenaan pada Ogos, Beijing berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan kumpulan itu setelah pasukan asing diketuai AS berundur.

    Bagaimanapun, seperti negara lain, China setakat ini belum mengiktiraf kerajaan Taliban secara rasmi.

    “Menteri Luar China tiba di Kabul bagi rundingan bersama para pemimpin Islam,” kata pegawai tertinggi Taliban,” Ahmad Yasir dalam Twitter.

    Sejurus selepas tiba, beliau bermesyuarat bersama Menteri Luar Negeri Taliban, Amir Khan Muttaqi.

    Wang tiba di Kabul dari Islamabad di mana dia menghadiri mesyuarat dua hari Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

    Beijing dijangka akan menghoskan mesyuarat negara-negara jiran Afghanistan minggu depan yang akan membolehkan Taliban untuk membentangkan penilaian mereka sendiri mengenai situasi terkini dalam negara itu.

    Laporan media mengatakan semasa mesyuarat itu, pegawai China dan Pakistan dijangka akan membincangkan projek-projek ekonomi di Afghanistan. – AFP

    Menteri Luar Taliban, Amir Khan Muttaqi (kiri) menyambut ketibaan Menteri Luar China, Wang Yi di Kabul pada 24 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...