Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180

    Impian penyanyi, Wani Kayrie untuk memandu kereta baharu berjenama mewah akhirnya tercapai dengan pembelian sebuah Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.

    Menurut Wani atau atau sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, 22, kereta berkenaan adalah hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni.

    Cerita penyanyi lagu Aksara Cinta itu lagi, ini merupakan kereta baharu pertama yang pernah dimilikinya setelah tiga tahun memandu kereta terpakai.

    “Ini kira kereta baharu yang pertama kerana sebelum ni pakai kereta secondhand selama tiga tahun untuk belajar.

    Dalam pada itu Wani memberitahu dia juga merujuk kepada rakan-rakannya sebelum membeli kereta mewah berkenaan.

    “Saya ada ramai kenalan yang memang kaki kereta, jadi saya bertanya kepada mereka pros and cons kereta yang mahu dibeli ini.

    “Selain itu saya nak belajar untuk tanggung kos sara hidup sendiri dan dalam masa yang sama, ia sebahagian daripada hajat saya juga. Alhamdulillah Allah pulangkan segala usaha saya dengan rezeki besar,” katanya. – Agensi

    Kereta berkenaan adalah hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...