Wanita 108 tahun terima suntikan vaksin

ROM, 19 JAN – Seorang wanita Itali berusia 108 tahun telah menjadi individu tertua di dunia yang menerima vaksin COVID-19, beberapa bulan selepas dia sembuh daripada jangkitan koronavirus, kata rumah persaraannya.

Fatima Negrini, yang akan menyambut hari jadinya ke-109 pada 3 Jun, menerima suntikan itu semalam bersama penghuni rumah jagaan Anni Azzuri San Faustino di Milan, beritahu jurucakap kepada AFP.

“Ketibaan vaksin untuk dirinya dan semua kakitangan melambangkan saat kegembiraan dan langkah pertama ke arah pengembalian kehidupan harian normal dalam rumah jagaan,” kata MatteoTessarollo.

Apabila Negrini sembuh daripada virus pada tahun lalu, akhbar Correire della Sera memetiknya sebagai berkata: “Tuhan tidak lupakan saya.”

Itali memulakan vaksinasi koronavirus pada 27 Disember dan telah memvaksinkan 1.15 juta orang sejak itu.

Semalam, vaksin juga diberikan kepada Sami Modiano, mangsa Holocaust berusia 90 tahun dari Rom, menurut presiden serantau dan pemimpin Parti Demokratik Nicola Zingaretti. – AFP