Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita abad ke-19 meninggal dunia

    ROM, 16 April – Emma Morano, wanita warga Itali yang dipercayai paling tua dan terakhir hidup sejak abad ke-19 meninggal dunia pada usia 117 tahun.

    Media Itali melaporkan Morano dilahirkan pada 29 November 1899 meninggal dunia di kediamannya di Verbania, bahagian utara Itali.

    “Beliau memiliki satu kehidupan yang cukup luar biasa dan kekuatannya akan dijadikan semangat untuk kita meneruskan hidup pada masa akan datang,” Datuk Bandar Verbania dipetik sebagai berkata.

    Menurut kumpulan pengkaji Gerontologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (GRG), Morano diberikan gelaran manusia tertua di dunia. Dalam temu bual dengan AFP pada tahun lepas memberitahu beliau mengamalkan pemakanan diet untuk umur yang panjang.

    “Saya makan dua telur sehari, dan itu sahaja. Dan roti-rotian. Tetapi saya tidak makan banyak kerana saya tidak mempunyai gigi,” katanya di rumahnya pada masa itu, di mana sijil Guinness World Records yang mengisytiharkannya sebagai orang tertua diletakkan di dalam almari rumahnya. – AFP

    Gambar fail pada 14 Mei 2016 menunjukkan Emma Morano bergambar untuk jurugambar AFP di Verbania, North Italy, pada 14 Mei, 2016. Morano, wanita warga Itali yang dipercayai paling tua dan terakhir hidup sejak abad ke-19 meninggal dunia pada usia 117 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda