Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Wanita Afghan diarah tutup wajah di tempat awam

    KABUL, 8 MEI – Wanita di Afghanistan menyatakan keingkaran hari ini selepas Taliban mengeluarkan arahan perintah untuk berpakaian penuh di tempat awam, termasuk menutup wajah mereka atau duduk di rumah, mengatakan perubahan itu akan menyebabkan mereka bagaikan ‘dipenjara’.

    Pemimpin agung Afghanistan dan ketua Taliban, Hibatullah Akhundzada meluluskan arahan itu kelmarin dalam satu langkah yang mengancam untuk menekan kebebasan seperti peraturan lama ketat yang dikenakan oleh Islamis itu ketika mereka berkuasa antara tahun 1996-2001. Ia juga menentang janji tentang peraturan lebih lembut dibuat kepada komuniti antarabangsa selepas Taliban mengambil alih kuasa pada Ogos tahun lalu.

    “Saya telah dikurung. Saya tidak boleh hidup bebas dan semua kehidupan sosial saya telah dikawal oleh Taliban,” kata aktivis Tahmina Taham, bekas kakitangan kerajaan yang kehilangan kerja selepas Taliban berkuasa tahun lalu, kepada AFP. “Lupakan tentang menjadi seorang wanita. Kebebasan saya telah dilucutkan sebagai seorang manusia,” katanya.

    Dekri Akhundzada juga mengkhususkan wanita yang bekerja di jabatan kerajaan yang tidak mematuhi arahan akan dipecat dan kakitangan yang isteri serta anak perempuan mereka tidak akur dengan perintah itu juga akan digantung daripada kerja mereka. – AFP

    Wanita berselubung burka dilihat di Kandahar pada 7 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...