Wanita berbelanja AS$21J dilepaskan

LONDON, 8 Nov – Seorang wanita dari Azerbaijan yang telah menjadi sasaran oleh pihak berkuasa British di bawah undang-undang anti-rasuah telah dibebaskan dengan ikat jamin ketika dia membuat satu permintaan ekstradisi dari Baku.

Zamira Hajiyeva merupakan individu pertama yang menjadi sasaran bagi Peraturan Kekayaan Yang Tidak Jelas, sebagai langkah untuk mengekang status London sebagai tempat untuk mengumpul wang haram.

Peraturan itu membolehkan pihak berkuasa untuk membekukan aset daripada individu yang menjadi suspek rasuah sehingga pemilik memberi keterangan bagaimana ia boleh diperoleh.

Suami Hajiyeva, Jahangir Hajiyev merupakan mantan Pengerusi Bank Antarabangsa Azerbaijan, telah dihukum penjara 15 tahun di negaranya pada 2016 atas tuduhan penipuan dan penggelapan wang.

Pihak berkuasa Britain mahu mengetahui bagaimana Hajiyeva mampu berbelanja sebanyak AS$21 juta di kedai mewah London, Harrods dan membeli hartanah bernilai AS$29 juta.

Hajiyeva telah ditahan minggu lepas di Azeri atas tuduhan penggelapan wang. Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bahawa tidak ada ‘sebab-sebab yang kukuh’ untuk menolak ikat jaminnya. – AP/AFP